Nota Penggunaan
Sistem Homestay
Panduan lengkap untuk owner homestay mengurus sistem tempahan, bayaran, WhatsApp automatik, dan dashboard admin.
Mula Guna Sistem
Sistem ini sudah sedia digunakan. Anda hanya perlu lengkapkan tetapan dalam admin panel. Tiada setup hosting atau Firebase diperlukan.
Buka Laman Homestay
Akses laman homestay anda melalui URL yang diberikan. Laman ini adalah laman utama yang dilihat oleh pelanggan.
Masuk Admin Panel
Klik ikon 🔒 di bahagian kanan atas atau tatal ke bawah laman. Masukkan kata laluan admin anda.
Kata laluan default: ayong2024Lengkapkan Maklumat
Isi maklumat homestay, harga, mod bayaran, dan token Fonnte dalam tab yang berkaitan.
Mula Terima Tempahan
Sistem sudah sedia. Kongsikan pautan laman kepada pelanggan — mereka boleh terus membuat tempahan.
Tiada langkah tambahan diperlukanTetapan Akaun Penting
Dua perkhidmatan luar perlu disediakan sebelum sistem berfungsi sepenuhnya — Fonnte untuk WhatsApp automatik, dan ToyyibPay untuk terima bayaran online.
Pergi ke fonnte.com/register
Buka laman web fonnte.com dan klik Register / Daftar.
Isi Maklumat Pendaftaran
Masukkan nama, alamat email, dan kata laluan untuk akaun Fonnte anda.
Verify Email
Semak inbox email dan klik pautan pengesahan yang dihantar oleh Fonnte. Semak folder Spam jika tidak jumpa.
Login ke Dashboard Fonnte
Pergi ke fonnte.com dan log masuk menggunakan email dan kata laluan yang didaftarkan.
Klik Menu "Device"
Di dashboard Fonnte, cari dan klik menu Device di sebelah kiri.
Klik "Add Device"
Klik butang Add Device atau Tambah Device baharu.
Namakan Device
Masukkan nama device (contoh: Homestay Raisya) dan simpan.
QR Code Akan Dipapar
Selepas buat device, QR Code akan dipaparkan dalam dashboard Fonnte.
Buka WhatsApp di Telefon
Buka aplikasi WhatsApp → Tetapan (⚙️) → Peranti Tertaut → Tautkan Peranti.
Imbas QR Code
Hala kamera telefon ke QR Code dalam dashboard Fonnte. Tunggu beberapa saat untuk sambungan selesai.
Status "Connected" ✅
Apabila status device bertukar kepada Connected (hijau), WhatsApp sudah berjaya disambungkan.
Pergi Menu Device
Dalam dashboard Fonnte, klik menu Device.
Cari Token dalam Senarai Device
Token dipaparkan dalam senarai device anda. Ia kelihatan seperti kod panjang.
Klik Token untuk Salin
Klik pada token dan ia akan disalin ke clipboard secara automatik.
Token mesti disimpan dengan selamat. Sesiapa yang ada token boleh hantar mesej atas nama nombor WA anda.eyJhbGciOiJIUzI1NiIsInR5cCI6IkpXVCJ9...Buka Admin Panel Homestay
Klik ikon 🔒 di laman homestay dan log masuk.
Pergi Tab Maklumat
Dalam admin panel, klik tab Maklumat.
Tampal Token Fonnte
Cari medan Token Fonnte, tampal token yang disalin tadi. Klik ikon mata 👁 untuk semak token jika perlu.
Klik Simpan
Klik Simpan Semua Maklumat. Sistem akan terus guna token ini untuk semua mesej WA automatik.
MAKLUMAT PENTING FONNTE
| Perkara | Maklumat |
|---|---|
| Jenis API | Unofficial — menggunakan WhatsApp Web (bukan Meta official API) |
| Kos | Ada pelan percuma; pelan berbayar untuk penggunaan lebih tinggi |
| Nombor disyorkan | Gunakan nombor berasingan/nombor kedua, bukan nombor utama |
| Keperluan telefon | Telefon perlu sentiasa aktif dan ada internet |
| Kod negara Malaysia | 60 — sudah ditetapkan dalam sistem |
| Risiko | Kecil risiko nombor diblok jika hantar mesej terlalu banyak/spam |
| Laman web | fonnte.com |
| Dokumentasi | docs.fonnte.com |
Setup ToyyibPay
ToyyibPay adalah payment gateway Malaysia yang Shariah-compliant. Sistem menggunakannya untuk menerima bayaran FPX dari pelanggan secara automatik.
Pergi ke toyyibpay.com
Buka laman web toyyibpay.com dan klik butang Daftar Sekarang atau Sign Up.
Isi Borang Pendaftaran
Masukkan username, email, dan maklumat perniagaan anda. Untuk pendaftaran individu, masukkan nombor Kad Pengenalan di ruangan Registration No (SSM).
Isi Maklumat Akaun Bank
Masukkan nama bank, nombor akaun, dan nama pemegang akaun. Gunakan akaun semasa/bisnes jika ada, untuk memudahkan urusan transaksi banyak.
Pilih Pakej
ToyyibPay ada 2 pakej: Standard (caj RM1 per transaksi FPX) dan Kad Kredit (caj 2%). Untuk homestay, pakej Standard sudah mencukupi.
Verify Email
Semak inbox email dan klik pautan pengesahan dari ToyyibPay. Selepas itu akaun anda aktif dan boleh digunakan.
Login ke Dashboard ToyyibPay
Pergi ke toyyibpay.com dan log masuk.
Tatal ke Bawah — Bahagian Settings
Di dashboard utama, tatal ke bawah sehingga jumpa bahagian Settings.
Salin "Your Secret Key"
Anda akan lihat medan "Your Secret Key". Salin key tersebut dan simpan di tempat selamat.
Secret Key adalah seperti kata laluan — jangan kongsikan kepada orang lain.w5x7srq7-rx5r-3t89-2ou2-k7361x2jewhnCategory adalah cara ToyyibPay mengasingkan bil mengikut tujuan. Sistem homestay memerlukan satu Category untuk bil tempahan.
Klik Menu "Category"
Di dashboard ToyyibPay, klik menu Category di sebelah kiri.
Klik "Add New Category"
Klik butang Add New Category (butang ungu/hijau).
Isi Nama & Penerangan
Masukkan nama category (contoh: Tempahan Homestay) dan penerangan ringkas. Klik Submit.
Salin Category Code
Selepas submit, anda akan nampak senarai category. Salin Category Code yang dipaparkan dalam kolum Category Code.
Category Code kelihatan seperti:Ajdiufd345f
Buka Admin Panel Homestay
Klik ikon 🔒 di laman homestay dan log masuk.
Pergi Tab Bayaran
Dalam admin panel, klik tab Bayaran.
Isi Secret Key & Category Code
Cari bahagian Toyyibpay dan masukkan kedua-dua nilai yang disalin tadi.
Klik Simpan
Klik Simpan Tetapan Bayaran. Sistem kini boleh menerima bayaran melalui ToyyibPay.
Uji dengan buat tempahan demo dan pilih Toyyibpay sebagai kaedah bayaran.MAKLUMAT PENTING TOYYIBPAY
| Perkara | Maklumat |
|---|---|
| Caj per transaksi | RM1 untuk FPX / Online Banking (pakej Standard) |
| Caj kad kredit | 2% per transaksi (pakej Kad Kredit) |
| Settlement | Duit masuk ke akaun bank anda keesokan hari (hari bekerja) |
| Pendaftaran | Percuma — tiada caj bulanan |
| Shariah-compliant | Ya — platform patuh syariah |
| Kunci diperlukan | Secret Key + Category Code |
| Laman web | toyyibpay.com |
| API Reference | toyyibpay.com/apireference |
Admin Panel
Admin panel mengandungi 8 tab untuk mengurus semua aspek sistem homestay anda.
Maklumat Homestay
Semua maklumat yang diisi di sini akan dipapar secara automatik di laman utama dan dalam mesej WhatsApp kepada pelanggan.
| Medan | Penerangan | Status |
|---|---|---|
| Nama Homestay | Nama yang dipapar di nav bar, footer, dan signature WA | Wajib |
| No. WhatsApp | Format: 60123456789 (tanpa +). Digunakan pada butang WA laman | Wajib |
| E-mel | Untuk komunikasi rasmi | Pilihan |
| Alamat | Alamat penuh homestay | Pilihan |
| Check-in / Check-out | Masa masuk dan keluar (contoh: 3:00 petang) | Wajib |
| Token Fonnte | Token API dari akaun Fonnte untuk hantar WA auto | Diperlukan untuk WA |
| Google Maps | Link share dari Google Maps untuk pautan lokasi | Pilihan |
| Kemudahan | Senarai kemudahan yang disediakan (WiFi, Aircond, dll) | Pilihan |
Cara Dapatkan Lokasi Google Maps
Sistem memerlukan 3 perkara untuk papar lokasi dengan betul — Longitud, Latitud, dan Link Share Google Maps.
Buka Google Maps
Pergi ke maps.google.com di browser atau buka aplikasi Google Maps di telefon.
Cari Lokasi Homestay
Taip nama atau alamat homestay anda dalam kotak carian dan tekan Enter.
Klik Kanan pada Lokasi (Desktop)
Klik kanan tepat pada pin/titik lokasi homestay anda. Satu menu pop-up akan muncul.
Salin Koordinat
Pada baris pertama menu pop-up, anda akan nampak 2 nombor seperti: 3.1390, 101.6869
Nombor pertama = Latitud
Nombor kedua = Longitud
Klik pada baris tersebut untuk salin ke clipboard.
Masukkan dalam Admin Panel
Admin Panel → Tab Maklumat → masukkan nilai Latitud dan Longitud dalam medan yang disediakan → Simpan.
Latitud: 3.1528 | Longitud: 101.7038
@latitud,longitud. Contoh: maps.google.com/.../@3.1390,101.6869,17z/...Buka Google Maps & Cari Lokasi
Pergi ke maps.google.com, cari dan klik pada lokasi homestay anda supaya pin merah dipapar.
Klik Butang "Share" / Kongsi
Di Desktop: Klik ikon tiga garisan (☰) di sebelah kiri → pilih Kongsi atau benam peta.
Di Telefon: Tap pada nama lokasi di bahagian bawah → tap ikon Kongsi (→).
Pilih "Hantar Pautan"
Pastikan tab Hantar pautan dipilih (bukan "Benam peta"). Pautan pendek akan dipapar.
Salin Pautan
Klik Salin Pautan. Pautan akan kelihatan seperti: https://maps.app.goo.gl/xxxxxx
Masukkan dalam Admin Panel
Admin Panel → Tab Maklumat → medan Google Maps Share Link → tampal pautan → Simpan.
Pautan ini digunakan pada butang "Lihat di Google Maps" dalam laman homestayTetapan Harga
Sistem menggunakan 4 jenis harga berbeza mengikut hari dan musim. Harga dikira secara automatik berdasarkan tarikh yang dipilih pelanggan.
| Jenis | Hari/Musim | Keutamaan |
|---|---|---|
| Festif/Perayaan | Tarikh dalam senarai Cuti Umum | Paling tinggi |
| Cuti Sekolah | Tarikh dalam julat Cuti Sekolah | Kedua |
| Weekend | Jumaat, Sabtu, Ahad | Ketiga |
| Weekday | Isnin hingga Khamis | Asas |
Mod Bayaran
Terdapat 3 kaedah bayaran dan 3 pilihan mod deposit yang boleh dikonfigurasi.
| Kaedah | Cara Kerja | Mesej WA |
|---|---|---|
| Toyyibpay | Redirect ke halaman bayaran Toyyibpay. Status auto dikemas kini. | Dihantar semasa submit & selepas bayar |
| TNG eWallet | Papar overlay QR code TNG. Pelanggan klik "Dah Bayar" selepas transfer. | Dihantar selepas klik "Dah Bayar" |
| Bank Transfer | Papar overlay maklumat bank. Pelanggan klik "Dah Bayar" selepas transfer. | Dihantar selepas klik "Dah Bayar" |
Deposit 50%
Pelanggan bayar separuh daripada jumlah keseluruhan sebagai deposit. Baki dibayar semasa atau sebelum check-in.
Deposit Nilai Tetap
Tetapkan amaun deposit tetap (contoh: RM100). Baki dikira sebagai jumlah tolak deposit tetap.
Bayaran Penuh Sahaja
Pilihan deposit disembunyikan. Pelanggan mesti membayar jumlah penuh untuk mengesahkan tempahan.
Cuti Sekolah & Cuti Umum
Tetapkan tarikh cuti untuk sistem mengenakan harga yang betul secara automatik.
Klik Tab Tarikh
Pergi ke Admin Panel → Tab Tarikh.
Isi Julat Tarikh
Masukkan tarikh mula dan tarikh akhir cuti sekolah. Rujuk takwim rasmi Kementerian Pendidikan.
Klik Tambah
Julat ditambah dan dipapar dalam senarai. Boleh padam bila diperlukan.
Masukkan Tarikh
Pilih tarikh cuti umum (contoh: 31 Mac — Hari Raya).
Nama Perayaan
Isi nama cuti (contoh: Hari Raya Aidilfitri, Hari Merdeka).
Simpan
Tarikh ini akan dikenakan harga Festif/Perayaan secara automatik.
Galeri & FAQ
Urus gambar galeri dan soalan lazim terus dari dashboard admin.
Sistem menggunakan hosting gambar percuma. Kami mengesyorkan Postimages (postimages.org) kerana ia percuma, stabil, dan menyediakan Direct Link yang diperlukan.
Direct link adalah URL terus ke fail gambar itu sendiri (berakhir .jpg/.png). Sistem perlu URL jenis ini untuk muat dan papar gambar. Link lain seperti "Shareable link" akan menuju ke halaman web Postimages — bukan gambar itu sendiri — dan tidak akan berfungsi dalam galeri.
Klik + Tambah FAQ
Butang di bawah senarai FAQ dalam admin panel.
Isi Soalan & Jawapan
Klik terus pada teks untuk mengedit. Perubahan disimpan secara automatik (auto-save on blur).
Papar Serta-Merta
FAQ baru terus dipapar di laman utama tanpa perlu reload.
Urus Tempahan
Semua tempahan yang dibuat oleh pelanggan direkodkan secara automatik dalam Firestore dan dipapar dalam dashboard admin.
ALIRAN TEMPAHAN
TINDAKAN ADMIN
Sahkan Deposit
Klik butang 50% dalam kolom Payment untuk sahkan deposit. Mesej WA pengesahan dihantar automatik.
Sahkan Bayaran Penuh
Klik butang PAID untuk sahkan bayaran penuh. Status bertukar kepada Disahkan.
Hantar Mesej WA
Klik nombor telefon pelanggan untuk buka modal template mesej. Pilih template, edit jika perlu, dan hantar.
Batal Tempahan
Klik butang ✕ untuk batalkan tempahan. Tarikh akan dibebaskan dalam kalendar secara automatik.
Blok Tarikh Manual
Gunakan ciri ini untuk menutup tarikh yang anda tidak mahu menerima tempahan — contoh: tarikh untuk kegunaan peribadi, penyelenggaraan, atau cuti.
Pergi Tab Blok
Admin Panel → Tab Blok.
Pilih Tarikh
Klik pada tarikh dalam kalendar atau isi input tarikh secara manual.
Klik Blok
Tarikh akan ditanda merah dalam kalendar dan tidak boleh dipilih oleh pelanggan.
Nyah-Blok
Klik pada tarikh yang sudah diblok semula untuk nyah-blok, atau padam dari senarai.
WhatsApp Automatik
Sistem menghantar 5 jenis mesej automatik kepada pelanggan menggunakan API Fonnte.
| Bila | Kaedah | Penerima |
|---|---|---|
| Submit borang tempahan | Toyyibpay sahaja | Pelanggan |
| Klik "Dah Bayar" | TNG / Bank | Pelanggan |
| Bayaran Toyyibpay berjaya | Auto redirect | Pelanggan |
| Bayaran Toyyibpay gagal | Auto redirect | Pelanggan |
| Admin sahkan deposit | Manual admin | Pelanggan |
| Admin sahkan bayaran penuh | Manual admin | Pelanggan |
| Admin hantar template | 7 template pilihan | Pelanggan |
7 TEMPLATE ADMIN
Setup Fonnte
Fonnte adalah perkhidmatan pihak ketiga untuk menghantar mesej WhatsApp secara automatik. Kos berasingan dari sistem ini.
Daftar Akaun Fonnte
Pergi ke fonnte.com dan daftar akaun baharu.
Sambungkan WhatsApp
Dalam dashboard Fonnte, tambah nombor WhatsApp anda dan imbas QR code untuk sambung.
Salin Token API
Dalam bahagian API Token di Fonnte, salin token yang diberikan.
Masukkan dalam Sistem
Admin Panel → Tab Maklumat → Token Fonnte → tampal token → Simpan.
Token disorok — klik ikon mata untuk lihatStatus Tempahan
Setiap tempahan mempunyai status yang menentukan warna dan tindakan yang boleh dilakukan.
| Status | Maksud | Warna | Tindakan Boleh |
|---|---|---|---|
| Menunggu | Tempahan baru, bayaran belum disahkan | Oren/Kuning | Sahkan deposit, Sahkan penuh, Batal, Hantar WA |
| Disahkan | Bayaran telah disahkan | Hijau | Hantar WA, Batal |
| Dibatalkan | Tempahan dibatal — tarikh dibebaskan | Merah | Tiada (rekod kekal untuk rujukan) |
ALIRAN STATUS TOYYIBPAY
Soalan Lazim
Jawapan kepada soalan teknikal yang sering ditanya.